Nuffnang Ads

FROM DESK OF AKMY

Thursday, November 10, 2016

PECUTAN AKHIR PT3 2016-MATEMATIK

PECUTAN AKHIR PT3 2016-MATEMATIK
Bersama Cikgu Azhar Hj Kamaruddin 





Program Pecutan Akhir PT3 2016-Matematik akan diadakan pada 3 Oktober hingga 9 Oktober 2016. Ia akan dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Azhar Hj Kamaruddin bertempat di Pusat Tuisyen CGT, Bandar Seri Putra. Ianya akan menyentuh segala aspek dalam Matematik yang mana ianya sedikit sebanyak diharapkan agar dapat membantu calon-calon PT3 pada tahun 2016. Ianya terbahagi kepada 3 segmen iaitu soalan Ceraian A, soalan Ceraian B, dan soalan Ceraian C. Program ini merupakan Program Pakej 8 jam.

BULATAN

BULATAN (CIRCLE)

- Luas Sektor 
- Panjang Lengkok

Dalam tajuk Bulatan, ianya merangkumi bagaimana kita hendak menyelesaikan :
     1) mencari jejari, diameter dan lilitan bulatan
     2) mencari luas bulatan
     3) mencari panjang lengkok
     4) mencari luas sektor
     5) sudut-sudut dalam bulatan
Untuk kali ini, saya ingin cuba membantu anda untuk mencari perimeter kawasan berlorek sebagaimana yang dikehendaki dalam gambarajah di bawah. SELAMAT MENCUBA....








Wednesday, November 9, 2016

PERSAMAAN LINEAR (LINEAR EQUATIONS)

PENYELESAIAN PERSAMAAN LINEAR

Persamaan Linear merupakan satu kaedah yang banyak digunakan bagi menyelesaikan pelbagai jenis permasalahan Matematik. Di dalam sukatan pelajaran terdapat 2 jenis persamaan linear iaitu persamaan linear satu pembolehubah dan persamaan linear dua pembolehubah. Pembolehubah bagi persamaan linear hanya berkuasa satu sahaja. Sebagai contoh; x=5 atau y=10 atau x+y=3. Contoh penyelesaian persamaan linear adalah seperti berikut:



Thursday, September 15, 2016

PUSAT TUISYEN CGT


Pusat Tuisyen CGT  telah ditubuhkan pada bulan Disember 2005. Ianya mula beroperasi pada bulan Januari 2006. Terletak di Bandar Seri Putra, Bangi. Pusat Tuisyen CGT menawarkan Kelas Tuisyen yang bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mengkhusus kepada kelas-kelas peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Pusat Tuisyen ini turut menawarkan kelas Individu (1to1) dan kelas secara berkumpulan kecil (4@5 orang). Pakej yang ditawarkan sangat BERPATUTAN...........https://www.facebook.com/PTCGT/

PENYELESAIAN ALGEBRA

ALGEBRA
Algebra merupakan salah satu topik yang menjadi kebimbangan di kalangan pelajar. Ramai di antara pelajar yang gusar bila guru ingin memulakan topik ini. Namun ianya akan menjadi mudah jika ianya diselesaikan dengan cara yang lebih sistematik. Berikut merupakan penyelesaian untuk di kongsikan bersama. SELAMAT MENCUBA....... In Shaa Allah....





Tuesday, September 13, 2016

MATHS GADGET TINGKATAN 3


MATHS GADGETS
TINGKATAN 3

MATHS GADGETS ditulis khas untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 3 dalam membuat ulangkaji. Ianya merangkumi tajuk-tajuk dalam Tingkatan 3. Ianya di tulis dalam konsep I-THINK @ peta minda bagi memudahkan pelajar membuat rujukan secara EKSPRESS DAN TEPAT. Semoga dapat memberi manfaat daripadanya......IN SHAA ALLAH....





MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK

Masalah pembelajaran dalam Matematik hangat diperkatakan pada masa kini. Ianya menjadi salah satu fenomena yang perlu difikirkan. Dari manakah puncanya? Pelajar atau Guru atau Sekolah?
Berdasarkan apa dilalui, saya berpendapat Pembelajaran Matematik hendaklah diambil berat daripada peringkat awalan pembelajaran lagi.  Ibubapa dan guru hendaklah saling berperanan dalam menjayakan proses pembelajaran Matematik. Asas yang kukuh dan berkesinambungan akan dapat memastikan pelajar menerima sesuatu yang baru dalam Matematik dengan lebih terbuka.